Sayangi Bumi
Bunga Rafflesia
Bunga Rafflesia atau juga dikenali sebagai bunga pakma adalah sejenis tumbuhan yang unik. Ia tidak mempunyai daun, batang dan akar. Ia tumbuh di atas kayu tertentu seperti kayu vines (Tetrastigma), yang selalu didapati di dalam hutan tropika di Asia Tenggara. Ia tidak seperti tumbuhan berbunga lain kerana kebanyakan hidupnya ia sebagai bebenang nipis yang membuat linkaran di dalam kayu bagi menyebarkan benihnya. Ia seakan-akan fungus tetapi mangeluarkan bunga yang mempunyai stamens dan pistils.
Bunga Rafflesia hanya boleh dijumpai apabila ia mula untuk berkembang. Ia kelihatan seperti kelopak kubis. Banyak kuntum bunga yang busuk dahulu sebelum ia sempat kembang. Tetapi selepas 9 bulan, ia akan mula berkembang sehingga berdiameter 1 meter dan seberat 10kg.
Ia berbau seperti cendawan. Ditengah-tengah bunga terdapat objek yang tumbuh yang tidak diketahui apa kegunaannya. Ia mengandungi banyak nectar, ini adalah untuk menarik perhatian dan memerangkap serangga kecil yang hinggap diatasnya. Selepas 3-4 hari, bunga Rafflesia mula mengecut dan warnanya bertukar menjadi warna hitam.
Bunga-bunga ini terdiri daripada jantan dan betina. Bunga betina jarang dijumpai. Bunga pakma juga menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bulat dan bersaiz 15 cm. kulitnya berminyak dan dipenuhi biji benih. Isinya dapat menarik perhatian tupai dan tikus pokok yang selalunya menjadi agen menyebaran bagi benih-benih refflesia.
Bunga Rafflesia bukan saja merupakan bunga terbesar malah terberat. Berat bunga refflesia adalah 7kg. Tumbuhan ini dijumpai oleh Stamford Raffles. Raffles menjumpai bunga rafflesia di Borneo, Sumatra dan jawa.
Terdapat 14 spesis bunga Rafflesia, Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar sekali. Usaha untuk menanam bunga Rafflesia di taman botani adalah sukar.
Kita patut berbangga kerana negara kita merupakan salah satu habitat bunga Rafflesia. Oleh itu peliharalah ia semoga generasi akan datang dapat menikmati keindahan semula jadi yang tidak terperi ini.
Rafflesia micropylora Meijer North Sumatra (Indonesia) | |
Rafflesia arnoldii R. Brown Borneo (Sarawak, Malaysia) | |
Rafflesia cantleyi Solms-Laubach Peninsular Malaysian & Tioman Island | |
Rafflesia pricei Meijer Borneo (Brunei, Sabah, N. Sarawak ?, Malaysia) Kalimantan? (Indonesia) | |
Rafflesia tuan-mudae Becc Form restricted to three isolated Mts. in W. Sarawak (Malaysia). Similar to R. arnoldii. | |
Rafflesia gadutensis Meijer Western coastal Sumatra and Benkulu (Indonesia) | |
Rafflesia kerrii Meijer Peninsular Thailand and Malaysia | |
Rafflesia speciosa Island of Panay (Philippines) | |
Rafflesia keithii Meijer Borneo (Sabah, Malaysia) East Kalimantan (Indonesia) | |
Rafflesia speciosa Island of Panay (Philippines) | |
Rafflesia manillana Teschemacher Luzon (Philippines) |
http://www.epgenius.com.my/H_000007.asp
Tidak ada komentar:
Posting Komentar